Wednesday, 11 June 2014

Auni Patah Tangan!!

Salam semua..

Entry kali ni mama nak cerita pasal Auni yang patah tangan..20102013 merupakan date yang memang mama akan ingat dan takkan lupa sampai bila-bila..Actually benda ni happened 8 months ago dan mama memang tak expect pun sampai patah tangan, ingat terseliuh biase je..Rupa-rupanya memang patah tangan betul dan mama memang terkejut sangat2..

Actually masa tu dah pukul 1030 malam and nak tido dah pun..Tapi disebabkan mama tak habis lagi kemas beg untuk bawak ke rumah babysitter esoknya, so kemas-kemas la dulu apa yang patut..yang si Auni and Amzar ni pulak dok melompat-lompat atas katil..Lepas dah siap kemas beg, mama tengok kuku Amzar pulak panjang..Siang tadi dah ingat nak ketip kuku dia, tp dok sibuk2 buat keje rumah, terlupa pulak..So, ketip dulu kuku Amzar and Auni pulak dok melompat2 sorang dia atas katil..Papa pulak dok buat keje dia..Tetiba je dengar Auni menangis and jerit sakit..Ya Allah, kecut sangat perut mama masa tu, terus speechless tak tau nak buat apa..Papa pulak terus angkat Auni and gosok2 tangan Auni..Kitorang ingatkan tangan dia terseliuh je, sekali tangan kiri dia makin bengkak. Papa terus ajak pegi Hospital Az-Zahra time tu jugak, nasib dekat je ngan rumah and terus masuk Emergency..Sementara nak tunggu jumpa doctor tu, ada pulak pakcik guard situ yang datang dok tengok2 tangan Auni and terus dok cakap2, confirm patah ni..Haishh, geram pulak mama, kita dok susah hati dia dok cakap2 camtu pulak..Ya Allah, Mama berharap sangat janganlah patah, cukupla terseliuh je..Disebabkan tu malam Ahad, so doctor tak ramai and kitorang kena tunggu pakar X-Ray kat sejam jugakla sebab dia dari rumah..Nasib la Auni tak menangis dah, menangis pun time jatuh tu je..You're such a brave gurl my dear!!

Lepas pakar X-Ray tu datang and dah settle2 semua, kitorang masuk jumpa doctor..Bila doctor tunjuk X-Ray tu, confirm Auni patah tangan kiri dia sebab memang nampak tulang kat siku tu patah sikit..Ya Allah, apa yang mama takutkan dah jadi kenyataan..Sejuk kaki tangan bila doctor cakap tangan Auni patah, berlinang air mata mama time tu..Mama rasa bersalah sangat-sangat, yela kalau mama tak kemas2 beg and ketip kuku tu, mesti diorang dah tido masa tu and benda ni tak jadi..So, lepas dah jumpa doctor tu, tangan Auni kena simen..Tapi simen yang nipis dulu sebab tangan dia bengkak lagi..Esoknya pulak kena jumpa Pakar Orthopedics and terus buat appoinment..Balik rumah malam tu memang mama tak boleh tidur langsung..Sedih sangat bila  tengok Auni tido dengan tangan yang berbalut tu..Mama tak abis2 salahkan diri sendiri atas apa yang terjadi..

Esoknya hari isnin and Mama Papa ambik emergency leave sebab nak bawak Auni jumpa Pakar Orthopedics tu..Lepas dah settle jumpa doctor semua, kena datang balik hari Jumaat tu untuk simen betul which is kena simen keras tu..By Friday tu, bengkak tu maybe dah surut, so bolehla simen terus..Lepas discuss ngan Papa, mama decide untuk ambik cuti seminggu terus sebab nak jaga Auni..Mama tak sampai hati nak biarkan Auni, so mama berkorban cuti.. Mencabar jugak nak jaga budak patah tangan ni, yela mana ada experience kan..Nak kena jaga betul2 tangan tu sebab belum simen keras tu lagi, so sume benda kena buat berhati-hati..Lepas dah abis cuti seminggu tu, mama dah start susah hati, sapa nak jaga Auni..Nasib baikla mak tok dan wan datang rumah and tolong jaga Auni..Pastu tok ma and tok bah pulak yang jaga Auni bila mak tok and wan dah balik kampung..Mama Papa nak cuti lama2 sangat pun dah tak boleh sebab cuti limited, balance ada lagi sehari dua je..Mama memang terhutang budi sangat dengan mak tok, wan, tok ma and tok bah sebab selalu tolong jaga Auni or Amzar kalau mama or papa ada hal or tak boleh cuti..

Wahh, macam panjang pulak entry kali ni..Kira- kira sebulan jugakla Auni kena pakai simen keras tu.. Masa pakai simen tu, Ya Allah, mencabar betul..Kejap2 gatal, suruh garu la, pastu nak suruh bukak la..memang menguji kesabaran la time tu..Alhamdulillah, lepas dah bukak simen tu, tangan Auni dah ok, cuma still kena pakai bandage biasa tu untuk seminggu dua lagi nak bagi tangan tu betul2 ok..Sekarang ni mama just berjaga- jaga je and memang control Auni betul- betul..Kalau nampak dia nak memanjat ker nak lasak2 sikit, haaa dengarla jeritan singa ni..hahaha..Hui, fobia tu anak patah tangan, mencabar betul nak menjaga..Orang pun pelik, camna la budak pompuan boleh patah tangan..Yela, selalu yang lasak2 ni boy je kan..hahaha..Okla, layan jela gambar- gambar Auni kat bawah ni..:)))

Tangan bersimen pun sempat lagi posing..
 

peneman setia kakak..abaikan beg2 yang semak dibelakang tu..
 

Tunggu doctor nak bukak simen..
 
 

Yeayyyy...i'm FREE!!!


No comments:

Post a Comment